CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 6, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN (TAHAP 1)



Mata pelajaran                                   : Pendidikan Kesihatan
Tunjang pembelajaran                     : Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Tajuk                                                  : Keselamatan
Sub tajuk                                            : Keselamatan Diri
Elemen                                               : Kreativiti
Tarikh                                                 : 27 Ogos 2010
Masa                                                   : 0830-0900am (30 minit)
Kelas                                                  : 1 Juara
Bilangan murid                                 : 20 orang (11 lelaki, 9 perempuan)
Pengetahuan sedia ada                    : Murid-murid telah didedahkan kepada aspek keselamatan pada pembelajaran lepas.
Hasil pembelajaran                           : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
                                                                        Kognitif:
menyatakan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 bahaya yang terdapat di rumah dan di kawasan sekolah.
                                                                        Afektif:
berasa seronok ketika mempelajari tentang keselamatan diri dan dapat mematuhi peraturan dengan penuh rasa tanggungjawab.
                                                                        Psikomotor:  
menjaga keselamatan diri di rumah dan di sekolah.

Penerapan nilai                                 : Patuh kepada peraturan dan bertanggungjawab.
Kemahiran berfikir                            : Mengenalpasti bahaya yang boleh berlaku di rumah dan sekolah.
Penggabungjalinan                          : Teknologi maklumat (ICT)
Kesepaduan                                      : Pendidikan Moral
Bahan sumber P&P                          : LCD, Laptop, lembaran kerja, video.
Strategi P&P                                      : Teori Kecerdasan pelbagai









Bahagian / Masa
Aktiviti
Fokus pembelajaran
Catatan

Permulaan
(5 minit)

Gerak kerja kelas / individu

·         Tayangan video:

1.    Nyanyian lagu “Gelang Si Paku Gelang”.







Penekanan butiran mengajar:

1.    Guru menayangkan video nyanyian.
2.    Guru membawa murid membaca lirik lagu bersama-sama.
3.    Guru menyanyi diikuti oleh murid.
4.    Guru dan murid menyanyi bersama-sama.
5.    Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari ini.

ABM
LCD
Laptop
Lirik lagu

Nilai
Kerjasama

Strategi P&P
Intrapersonal

Langkah 1
(7 minit)

Gerak kerja kelas / individu

·         Perbincangan

1.    Bahaya yang terdapat di rumah.
2.    Bahaya yang terdapat di kawasan sekolah.

Penekanan butiran mengajar:

1.    Guru menyatakan bahaya-bahaya yang terdapat di rumah dan di kawasan sekolah.

Cadangan jawapan:

Di rumah:
1.    Membiarkan alat permainan bersepah-sepah selepas bermain.
2.    Bermain dengan pisau yang tajam.
3.    Bermain dengan mancis atau api.
4.    Tinggal seorang diri di rumah ketika ibu bapa bekerja.
5.    Bermain seorang diri di luar rumah tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.


Di kawasan sekolah:
1.    Bermain di tepi longkang yang dalam.
2.    Berlari-lari di koridor sekolah.
3.    Bergurau dengan rakan ketika melintas jalan di luar sekolah.
4.    Bertolak-tolakan ketika menunggu bas di perhentian bas.
5.    Berebut-rebut ketika hendak naik bas.

ABM
LCD
Laptop

Nilai
Kerjasama
Yakin diri

Strategi P&P
Intrapersonal


Langkah 2
(7 minit)

Gerak kerja kelas / individu

·         Perbincangan

1.    Berbincang mengenai situasi selamat dan tidak selamat semasa naik bas.



Penekanan butiran mengajar:

1.    Guru menayangkan 2 gambar situasi naik bas.

2.    Guru sediakan soalan secara lisan:

a.    Apakah yang sedang berlaku dalam gambar A?
b.    Apakah yang sedang berlaku dalam gambar B?
c.    Apakah perbezaan antara gambar A dan B?
d.    Manakah situasi yang lebih selamat?


Gambar A:

- murid-murid berbaris menaiki bas sekolah








Gambar B:


 - keadaan bas sekolah yang penuh dan terdapat murid sekolah yang berdiri pada pintu bas sekolah








ABM
Gambar

Nilai
Kerjasama
Yakin diri

Strategi P&P
Intrapersonal


Kemuncak
(7 minit)

Gerak kerja kelas / individu

·         Latihan / lembaran kerja



Penekanan butiran mengajar:

1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

2.    Soalan:
·         Padankan gambar mengikut situasi selamat dan tidak selamat.


ABM
Lembaran kerja

Nilai
Kerjasama
Yakin diri
Kerajinan

Strategi P&P
Intrapersonal


Penutup
(4 minit)

Nyanyian lagu

·         Soal jawab

1.    Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid.
2.    Murid menyanyikan semula lagu “Gelang Si Paku Gelang”.

Penekanan butir mengajar:

1.    Guru menyoal murid tentang apa yang telah dipelajari hari ini:
Apakah bahaya yang terdapat di rumah dan di kawasan sekolah?
2.    Murid menyanyikan lagu “Gelang Si Paku Gelang” bersama-sama guru.

ABM
Gitar

Nilai
Kerjasama
Yakin diri
Kerajinan

Strategi P&P
Interpersonal