CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 22, 2010

Untuk Apa SoMBoNG ??


"Segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan"
(Yohanes 1:3)

Kadang kita merasa sangat bangga atas apa yang telah kita alami. Orang yang mengalami kesuksesan perlu berhati-hati menjaga hatinya agar tidak terjerumus pada penyakit hati berbahaya yang membawa kita kepada kehancuran, iaitu kesombongan.
Lucifer jatuh kerana kesombongan. Ketika segala perasaan menuju kesombongan, saat itu kita masuk dalam "gerbang" kehancuran. Kita perlu ingat "hidup ini kasih anugerah Tuhan". Hanya oleh kasih karuniaNya segala sesuatu itu terjadi dan kita alami. Untuk apa sombong?? Biarlah segala kesempatan dan keberadaan kita hanya dipersembahkan kepada Yesus Kristus..

Thursday, November 18, 2010

I'm Jesus Beloved...ngehehehe...


Shallom….saya merupakan bekas pelajar tingkatan 6 (aliran Sains) di Smk Marudi tahun 2006/07. Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa betapa nyatanya Tuhan itu maha pengasih, maha mengetahui, maha hadir dan maha kuasa dalam kehidupan seharian kita, baik dari dalam kandungan ibu lagi hingga sekarang.

Saya merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik, dan sebagai anak sulung sememangnya harapan orang tua adalah supaya anak sulung ini dapat menjadi contoh dan juga merupakan tulang belakang keluarga. Sejak dari kecil lagi iaitu sejak saya berumur 6 tahun lagi, ibu dan bapa saya telah bercerai dan membawa haluan masing-masing. Semenjak itu, proses persekolahan saya agak terganggu. Kadang-kadang saya dihantar ke sekolah, dan kadang-kadang tidak. Kadang-kadang juga, saya belajar di tempat yang berbeza-beza dalam satu bulan. Sekejap di kampung, sekejap di miri pula. Syukur hal sebegini tidak berlanjutan. Dengan adanya sokongan dari ahli keluarga yang lain proses persekolahan saya kembali berjalan dgn lancar seperti kanak-kanak lain hingga sekarang. saya percaya bahawa semua itu bkn kebetulan, tetapi Tuhan yang memelihara hidup saya...amen..

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah bagaimana kebaikan Tuhan itu nyata dalam kehidupan saya. Sebagai pelajar tingkatan 6 yang berada dalam aliran sains, bukan mudah untuk skor apa lagi untuk lulus. Pendek kata, hampir setiap hari kita perlu berusaha sedaya-upaya (struggle) supaya dapat keputusan yang memuaskan. Namun, bagi diri saya, baik dalam exam atau pun semasa pembelajaran biasa saya merasakan seperti kosong saja. Tidak mendapat sebarang input biarpun sudah berusaha setakat yang mampu. Kadang-kadang saya merasakan bahawa saya merupakan satu-satunya pelajar yang paling bodoh dan tidak berguna lagi semasa berada di tingkatan 6. Tekanan semakin kuat apabila berada di tingkatan 6 atas kerana tahun tersebut merupakan tahun saya menduduki peperiksaan STPM. Semakin saya berusaha, semakin banyak gangguan (masalah-masalah luar), semakin juga pelajaran saya mula merosot. Ketiga-tiga hal ini seolah-olahnya sedang bekerja serentak.

Satu hal yang saya tidak pernah lupa yang saya lakukan semasa berada di tingkatan 6, setiap hari, saya akan mendoakan khusus buat pelajaran saya, masa depan saya. Saya percaya biar pun saya kelihatan lemah saat itu, saya percaya bahawa saat itulah kuasa Tuhan nyata sempurna dalam diri saya kerana ada tertulis dalam 2 kor 12:9”…..sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna.” sebelum tidur, saya akan mengatakan kepada Tuhan bahawa saya tidak mahu belajar setakat form 6 sahaja, saya mahu menyambung pelajaran saya, mendapat pekerjaan yang baik seterusnya dapat membantu keluarga saya. saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa kasih karunia Tuhan itu tidak pernah berkesudahan dalam kehidupan saya. saya percaya bahawa Tuhan pasti menyediakan sesuatu yang sngat baik dan indah buat saya. amen.

Pada hujung tahun 2007, saya mendapat panggilan dari SPA (sruhanjaya pkhidmatan awam) dan saya diberitahu bahawa saya ditawarkan utk belajar di unikl, perak dalam bidang kejururawatan. saya juga dibritahu bahawa semua kos pengangkutan dan pengajian adalah di bwh tnggungan kementerian kesihatan malaysia. saat saya menerima berita ini, saya merasa sedikit gembira tetapi jauh dalam hati saya seperti ada sesuatu yang tidak kena...dan saya tidak tahu kenapa pada saat itu...bila bbincang dgn keluarga saya, mereka meminta agar saya tidak menolak tawaran tsebut...sy teringat lg pada ketika itu, ibu saya menangis meminta agar saya mengikuti tawaran tersebut..biarpun sebenarnya saya kurang meminati bidang kejururawatan, hati saya tidak sanggup utk menghampakan harapan ibu saya.

Saya mula menjejakkan kaki di unikl ipoh,perak pada awal tahun 2008. sepanjang berada di sana saya merasa tidak tenang...rasa macam nak balik saja....entah kenapa...sering kali saya mendengar bisikan, "ini bukan tempat kmu..." itu sahaja yang saya rasakan...saya mula bgumul dalam beberapa hari di sana..saya berdoa dan trus bdoa supaya saya tahu bahawa adakah ini benar2 satu panggilan atau pun keinginan hati saya sendiri...saya katakan kepada Tuhan, jika benar ini bukan tempat saya...saya akan balik tanpa apa2 halangan dan sy mau smuanya bjalan dgn lancar...tpi sekiranya engkau mahu saya trus di cni, halang saya Tuhan...setelah beberapa hari di sana, saya mula mengambil keputusan utk meninggalkan unikl. saat terakhir sebelum saya meninggalkan tempat kediaman saya...saya mengambil masa di dalam bilik dan bersendirian. saya mula berlutut, bdoa dan menangis keseorangan dalam bilik. saya katakan, " Tuhan, saya sudah ambil keputusan utk meninggalkan tmpat ini kerana saya merasakan ini bukan tmpat saya, saya akan meninggalkan tempat ini Tuhan...saya pcaya ada sesuatu yg lebih indah yang telah engkau sdiakan utk saya di suatu tmpat...Tuhan,skrg sy mau mlangkah dgn iman..."

Dipendekkan cerita...STPM sudah pun saya lalui. sepanjang menunggu result, saya mendoakan agar saya mendapat keputusan yang baik. beberapa bulan kemudian keputusan stpm telah pun keluar dan saya bergegas ke cyber cafe utk menyemak kputusan stpm saya menerusi internet. saat saya melihat keputusan saya, saya seperti tidak dapat berbuat apa-apa...saya terpaku dan tiba-tiba air mata saya keluar. tanpa saya sedari, saya menangis di dalam cyber cafe tersebut dan saya tidak dapat menahan perasaan sedih dan kecewa saya...saya tidak lagi mempedulikan orang-orang di sekitar saya ketika itu...seolah-olah masa depan saya tiada harapan lagi...gelap rasanya...keputusan yang saya dapat sgt la teruk...

Teringat kembali semasa sy mbuat kputusan mninggalkan unikl dahulu...saya btnya kpd Tuhan.."Tuhan knpa sy fail???? sy suda mninggalkan twran yng ckup baik sebelum ini..."

Tidak lama saya menangis...saya kemudian cuba menenangkan diri saya....jauh dalam hati saya, saya terus mengingatkan diri saya untuk mengucap syukur atas keputusan buruk yang telah saya terima ini...hehehehe...agak sukar juga mau mengucap syukur...tpi saya trus-menerus mngingatkan diri saya utk trus kuat..masa trus blalu tetapi saya masih belum pulih sepenuhnya....apabila bersendiri, saya mula menangis....saya kdg-kdg dipersalahkan oleh keluarga saya..."apa nak jadi lepas ni??? kmu nak buat apa lagi???" ramai rakan-rakan dan orang-orang di sekeliling sy btanya kenapa dahulu sy mnolak twrn utk bljar dlm bidang kjururawatan dahulu dan sy tidak tahu bgmana utk mjawab...apa yg mampu sy jwb sy cuma katakan bhwa sy x minat dgn profession jururawat.

Seperti yang saya katakan tadi sebagai anak sulung, saya perlu melakukan yg tbaik agar dpt mjd cth kepada adik2 saya. saya terus-menerus bgumul ttg hal pelajaran saya...biarpun masih dalam keadaan yang belum pulih (masih merasa sedih, kecewa) saya sentiasa bdoa trus menerus dan minta agar Tuhan juga cmpur tgn dalam apapun rncgn yang bakal saya ambil selepas in..banyak rncgn yang tlh saya buat seperti mduduki semula stpm...ambil diploma di mana ipt...mengisi borg mktab...dan bekerja..

Sementara menunggu keputusan pmohonan yang telah sy isi (pmohonan kmasukan ipta,mktb,politeknik...pmohonan kerja sbg kerani teller di BSN) sy menjadi guru sandaran tidak terlatih selama 3 bulan di sk lio mato. sepanjang bertugas sebagai guru sandaran di sana saya trus-menerus datang menghadap Tuhan menyerahkan segala rancangan masa depan saya ke dalam tangan Tuhan. saat perasaan kecewa dan sedih saya melanda saya secara tiba-tiba, saya akan mencari ruang utk datang kepada Tuhan, blutut sambil menangis dan bdoa meluahkan seluruh pgumulan dan bebanan saya.

Pada bulan jun 2008 keputusan ipta,politeknik dan maktab diumumkan dan sy menyemak keputusan pmohonan melalui internet....dalam hati sy...sy sangat mharapkan satu keajaiban blaku di mana sy akan ditawarkan utk belajar di mana-mana salah satu dari universiti tempatan namun perkara sebaliknya berlaku...pmohonan sy gagal. kemudian melihat keputusan pmohonan politeknik pula, sy ditawarkan dalam kursus diploma perakaunan di politeknik kuching...namun begitu...jauh dalam hati sy, sy masih mnunggu keputusan pmohonan mktb sy.

Dalam fikiran sy,saya pasti di'blacklist' dalam pmohonan utk mengikuti latihan lebih-lebih lagi dalam bidang yang berkaitan dengan pgawai kerajaan kerana suatu ketika dahulu sy telah menolak tawaran latihan kejururawatan di mana sy ditaja di bawah kementerian kesihatan Malaysia. sy juga memikirkan bahawa, sangat kerap sy memohon utk kemasukan ke mktb dan kali tersebut adalah kali ketiga saya memohon.

Seminggu selepas pmohonan ipta dan politeknik kluar, kputusan pmohonan mktb telah pun diumumkan. sangat mengejutkan sy apabila sy berjaya ditawarkan ke Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (mktb) dalam prgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan di mana progrm ini mngmbil tmpoh 5 thun stgh utk menghabiskan tmpoh pngjian. saat mdpt kputusan tsebut, satu rasa damai sejahtera terasa dalam diri saya. Dan rasa damai sejjahtera yang saya alami tidak sama seperti saat saya mdapt twaran lain sblum ini. saya bsyukur di atas twrn tersebut.

Sy balik rumah dan pada malam itu, sy dtg mhadap Tuhan...mengucap syukur atas segala kebaikannya...saya katakan,jika benar itu yang Tuhan sediakan buat saya, sy siap dan sy akan pergi dan sy pcaya Tuhan pasti mberkati spnjang tmpoh pngjian sy di maktb.

Kini sudah 2 tahun setengah saya belajar di IPG Kampus Tun Abdul Razak dan tahun ini (2010) merupakan tahun pertama degree sy. saya sgt diberkati di sini di mana pointer sy utk setiap sem sentiasa 3.00 ke atas dan pencapaian pointer sy sentiasa meningkat dari setiap semester. bukan sahaja dalam pelajaran, malah sy turut diberkati melalui pelayanan yg Tuhan telah sdiakn buat sy di sini sbg guru sekolah minggu, penari rebana dan penyanyi latar. Saya terus dibentuk dan banyak mempelajari banyak perkara yang semakin membangunkan diri saya dalam hal-hal rohani khasnya iman saya. Terima kasih Tuhan...sangat banyak kebaikan Tuhan yang saya alami dari semasa ke semasa sepanjang berada di sini.

Apa yang ingin sy ingatkan kepada diri saya dan kita semua...PRAY UNTIL SOMETHING HAPPEN!!!! kerana...apa sj yg kmu minta dlm doa dgn pnuh kpercayaan, kmu akn menerimanya (matius 21:22 & Lukas 11:9)...Tuhan pasti menjawab doa kita sesuai dgn rencananya kerana segala sstu yg dijadikan indah pada waktuNYA. dalam apapun pkara jadikan Tuhan no. 1 dalam hidup kita...trus pcaya,pcaya dan pcaya dan mengasihi serta mngucap syukur dalam segala sesuatu yg kita lalui sama ada dlm sukacita mahupun dukacita...saat menghadapi masalah, percayalah bahawa masalah merupakan MASA ALLAH dan saat kita mhadap Tuhan, nyatakan segala isi hati kita.

Terima kasih Bapa..terima kasih Roh Kudus...segala pujian, hormat, syukur hanya bagiMU...I'm Jesus Beloved..

Saya percaya ada sesuatu yg istimewa yang sedang menanti saya di masa hadapan...thank u Lord!! hehe